Majlis resepsi dan persandingan puteri kedua Dr. Lutpi dan Pn. Hafsah ini berlangsung di Dewan Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway. Nabilah Aminah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Perlis dan pasangannya Che Ku Kairulazam atau lebih dikenali sebagai Malek, diijabkabulkan setelah berkenalan hampir 7 tahun.