Bertemakan warna kuning emas, pasangan mempelai Zikri dan Elham umpama raja dan permaisuri yang diraikan. Hampir 2,000 orang tetamu memeriahkan majlis bertandang putera sulung pasangan Hj. Ir. Rozlan dan Prof. Dr. Zainab ini yang berakhir kira-kira jam 4 petang.

Pada sebelah malam diadakan majlis mencempak mengikut adat Perak, diikuti sesi karaoke sehingga tengah malam.