Pada tanggal 27 Februari 2010 bersamaan 13 Rabiul Awal 1431H, bertempat di Dewan Komuniti Gombak Setia, Gombak berlangsunglah majlis resepsi pasangan Azian dan Amri. Majlis bertemakan warna ungu ini diraikan meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai daripada kedua-dua belah pihak mempelai.

Sekalung tahniah kepada kekanda dan adinda pengantin perempuan yang berjaya merealisasikan majlis tersebut walaupun tanpa ayah dan bonda yang terlebih dahulu menemui-Nya.

Waupun terdapat sedikit gangguan luar di pertengahan majlis, namun segala-galanya dapat diselesaikan dengan sempurna.