Cuaca panas terik sepanjang tengahari tidak menghalang kelancaran majlis. Dengan mengenakan pakaian pengantin dengan rona biru kundang, pasangan merpati dua sejoli Dila dan Zul nampak begitu ceria dan gembira.

Sekali lagi sanak saudara dan jiran tetangga memeriahkan majlis dengan nyanyian karaoke tanpa henti. Pasangan pengantin turut serta mendendangkan lagu Dua Insan untuk halwa telinga para tetamu yang hadir.