Perkhidmatan khusus PA System atau Sistem Siaraya Perkahwinan ini disediakan oleh PAnet Management & Services (PAnet) yang berpangkalan di Bandar Puncak Alam.

PAnet adalah sebuah syarikat bumiputera yang mengkhusus dalam perkhidmatan pengurusan acara termasuklah penyediaan, penyewaan dan pengendalian sistem audio visual professional.

Berinteraksi secara maya dengan kami dan pelanggan yang lain di laman sosial Facebook

Berdasarkan sambutan dan permintaan yang tinggi daripada industri perkahwinan ke atas perkhidmatan PA System, PAnet telah mengembangkan perkhidmatan ini ke arah cabang yang lebih khusus. Cabang khusus perkhidmatan perkahwinan ini secara rasmi diperkenalkan pada 23 Mac 2010. Ini membolehkan kami memberikan perkhidmatan professional yang menepati keperluan industri ini dengan kos yang berpatutan.

Di samping itu, kami secara berterusan memperbaiki kualiti perkhidmatan dan melatih juruteknik dan DJ/MC residen agar pendekatan kami bertepatan dan selari dengan budaya perkahwinan khususnya perkahwinan orang Melayu.

Laman blog ini disediakan khusus untuk memaparkan portfolio perkhidmatan PA System Perkahwinan kami sahaja. Lawati laman web utama kami untuk perkhidmatan-perkhidmatan utama kami.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut,

  • En. Shahril Salleh (shahril.salleh@pa.net.my) – 012-2944328
  • Pn. Yati Hadi (yati.hadi@pa.net.my) – 012-6669420
  • En. Razak (DJ Jay) – 012-3537507

Anda juga boleh mengikuti perkembangan perkhidmatan kami serta berinteraksi dengan pelanggan kami yang lain di laman FACEBOOK kami.